Masak Apa Hari Ini – Ikan Siakap Stim Limau
Masak apa hari ini akan membagikan salah satu resep sihat kegemaran anda semua, sesuai untuk yang sedang diet atau menu yg kalau minyak sudah habis di dapur yaitu resep Siakap Steam Ala Thai. Resepi ini berasal dari negara Thailand. Caranya sangat mudah, dan rasanya memang mantap lah.
Baca Juga : Resep Dendeng Balado
Berikut ini cara untuk memasak ikan stim ala thailand, pertama kita bersihkan dan steam ikan. Kemudian kita potong semua bahan, dan seterusnya kita sediakan kuah untuk dituang ke atas ikan.
Bahan-bahan:
- 1 ekor ikan siakap
- 2 batang serai
- 1 mangkuk besar air
- 1/2 -1 ketul kiub ayam atau stok ayam homemade
- 5 ulas bawang putih
- perahan jus dari 3 biji limau nipis, lebihkan jika bersaiz kecil
- 1 sudu besar parutan gula melaka/Thai palm sugar
- 6-7 biji cili padi
- hirisan daun ketumbar
- 1-2 sudu besar sos ikan
Cara Penyediaan:
1. Cara-cara untuk kukus siakap:
- Bersihkan ikan siakap dan kelar bahagian sisi kedua belah ikan.
- Titik serai dan masukkan ke dalam perut ikan.
- Panaskan periuk kukusan, kukus ikan selama lebih kurang 15 minit atau sehingga ikan masak.
- Sementara menunggu, sediakan kuah untuk dituang ke atas ikan.
2. Cara-cara untuk kuah cili limau:
- Panaskan air di dalam periuk.
- Masukkan kiub ayam, atau stok ayam homemade jika ada. Kalau guna stok ayam homemade boleh kurangkan sikit air. Masak sehingga mendidih dan tutup api.
- Tuang ke dalam mangkuk. Masukkan bawang putih yg dicincang halus, jus limau nipis, parutan gula melaka, hirisan cili padi, hirisan daun ketumbar dan sos ikan. Kacau sebati. Kita
- memang tak didihkan bahan-bahan ni semua, ia cuma akan masak dalam air stok yg suam-suam panas tu aja. Dengan cara ini aroma dan kesegaran bahan-bahan dapat dikekalkan.
- Tuang kuah ke atas ikan yang sudah dikukus tadi.
Tips:
- Jika air kukusan ikan banyak sangat, boleh buang tinggal sedikit sahaja sebelum dituang kuah. Jangan bimbang, rasa tetap akan sedap nanti.
- Kalau kurang masin, tambah sos ikan. Kalau kurang manis, tambah lagi parutan gula melaka.
- Macam mana nak tau ikan kukus dah masak, tolak isi ikan dekat bahagian tulang yang dikelar tadi dengan menggunakan garfu. Jika isi mudah tertanggal dari tulang maksudnya ikan dan betul-betul masak.